Apakah itu kriptografi?



 Kriptografi ialah kaedah menyimpan atau menghantar maklumat dalam bentuk yang hanya akan boleh dibaca oleh orang yang ditujukan sahaja. Kriptografi melibatkan dua proses, penyulitan (encryption) dan penyahsulitan (decryption).

 "PENYULITAN" ialah proses menukarkan maklumat asal kepada kod rahsia. Contohnya, dalam bahasa F, setiap suku kata dengan vokal a akan ditambah dengan fa, vokal i pula ditambah dengan fi, dan begitu juga seterusnya untuk vokal e, o, dan u

 Oleh itu pernyataan berikut, “Saya suka membaca” . Akan ditukarkan menjadi, “Safayafa sufukafa memfembafacafa”. Apabila didengar oleh mereka yang tidak tahu bahasa F, pernyataan tadi tidak membawa apa-apa maksud.

 Namun bagi mereka yang tahu bahasa F, pernyataan tersebut boleh diproses menjadi maklumat yang boleh difahami. Proses menukarkan pernyataan dalam bentuk kod kepada maklumat asal dikenali sebagai "PENYAHSULITAN".
Nak blajar lagi mendalam asas kriptografi? Tekan sini. Tak nak ketinggalan dengan artikel terbaru kami ? Follow Facebook page kami. Klik sini untuk ke laman Facebook kami

Comments