Apakah itu PHP?


 PHP adalah bahasa programming script server-side yang dicipta untuk pembangunan website. PHP dicipta oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995, dan sekarang diuruskan oleh The PHP Group. PHP dipanggil sebagai bahasa programming server side kerana PHP diproses pada komputer server. Hal ini berbeza dengan bahasa programming client-side seperti JavaScript yang diproses pada web browser (client).
 Asalnya, PHP merupakan singkatan daripada perkataan Personal Home Page. Sesuai dengan namanya, PHP digunakan untuk membuat website peribadi. Setelah beberapa tahun penciptaannya, PHP menjadi bahasa programming website yang power dan tidak hanya digunakan untuk membuat website biasa tetapi juga digunakan oleh website gergasi seperti Wikipedia, Wordpress, Joomla, Facebook dan lain-lain lagi.
 Kini, PHP secara rasminya menjadi singkatan kepada PHP: Hypertext Preprocessor.Untuk pengetahuan korang, PHP boleh digunakan secara percuma dan bersifat Open Source.
psst: korang teringin nak belajar asas PHP? klik sini. Tak nak ketinggalan dengan artikel terbaru kami ? Follow Facebook page kami. Klik sini untuk ke laman Facebook kami

Comments