Apakah itu Python?


Jom berkenalan dengan Python!
 Python adalah bahasa pengaturcaraan komputer berorientasikan objek seperti bahasa lain seperti Perl, Java, Ruby dan Scheme. Python adalah sumber terbuka, yang bermakna ia adalah percuma untuk digunakan.

 Python adalah suatu bahasa yang mempunyai sintaks yang elegan dan mudah dipelajari, dan mudah digunakan untuk menghasilkan aplikasi. Berbanding Java atau C++, menurut beberapa pakar dari Pycademy, Python adalah suatu bahasa yang sesuai dipelajari seawal usia 7 tahun

 Python juga merupakan antara bahasa pengaturcaraan popular dunia selain Java dan C. Jika C diibarat sebagai seorang lelaki dewasa berumur 45 tahun, Python pula diibaratkan pemuda yang berusia 26 tahun. Ianya diperkenalkan pada 20 Februari 1991 oleh Python Software Foundation dan direkabentuk oleh Guido van Rossom, seorang pengaturcara berketurunan Belanda bersama pasukannya.

 Ianya menjadi pilihan kerana kemampuannya untuk ‘berlari’ merentasi pelbagai platform serta sangat dinamik menjadikannya pilihan ramai. Untuk makluman, versi terkini bagi Python adalah Python 3. Nak belajar asas Python? Tekan siniTak nak ketinggalan dengan artikel terbaru kami ? Follow Facebook page kami. Klik sini untuk ke laman Facebook kami

Comments