Apakah Itu Autoresponder?


 Jika korang terjun ke dunia online bisnes dan internet marketing, maka istilah Autoresponder wajib korang tahu dan guna untuk strategi marketing. Autoresponder adalah satu alat untuk merekodkan data seperti nama, email nombor telefon dan sebagainya untuk membantu korang menguruskan database email list (senarai emel) dan menghantar email follow up kepada prospek/pelanggan korang.
 Bayangkan jika korang mempunyai lebih 5,000 database email, agak-agak berapa lama masa yang korang perlukan untuk menghantar satu per satu emel kepada mereka? Tanpa autoresponder, kerja-kerja menyusun database dan menghantar emel akan menjadi rumit dan leceh! Jadi di sinilah pentingnya sistem autoresponder.
 untuk pengetahuan korang, terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis autoresponder dengan harga yang berbeza-beza. Harganya bergantung kepada fungsi yang ditawarkan oleh setiap syarikat autoresponder. Jadi kalau syarikat yang menawarkan fungsi advanced seperti Analytics, survey form, dan seumpamanya pastilah mahal harga langganannya . Nak tahu sistem Autoresponder yang terbaik didunia? Nantikan…
 sila kongsikan artikel ini jika anda rasa bermanfaat. Nak belajar asas email marketing ? klik sini. Tak nak ketinggalan dengan artikel terbaru kami ? Follow Facebook page kami. Klik sini untuk ke laman Facebook kami.


Comments