Apakah itu Augmented Reality


Augmented Reality ataupun AR ialah sejenis visual effect yang dihasilkan melalui komputer di mana objek visual (dicipta melalui komputer) akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar di display screen. Hasilnya, pengguna yang melihat dunia sebenar melalui skrin komputer akan dapat melihat wujudnya objek lain lagi selain daripada objek yang sedia ada.
Augmented Reality berbeza dengan Virtual Reality. Virtual Reality ialah mencipta satu persekitaran baru yang tiada kaitan dengan dunia sebenar. Sebaliknya, sepertimana dihuraikan dalam perenggan di atas, Augmented Reality memaparkan persekitaran yang diambil dari dunia sebenar dan ditambahkan di atasnya (English: Augment, Overlay) objek lain yang dicipta melalui komputer.
Konsep ini mula diperkenalkan oleh Thomas Caudell pada tahun 1990 ketika menerangkan bagaimana sejenis alat bantuan yang dipakai di kepala juruteknik elektrik berfungsi.
Sebenarnya banyak teknologi AR yang sudah dibangunkan dan ada antara kita telah menggunakannya. Antara aplikasi yang menggunakan pakai teknolgi AR dan pernah menjadi fenomena kepada seluruh dunia termasuk Malaysia, ialah Pokemon Go.
Augmented Reality juga digunakan di sesetengah media sosial seperti Instagram. Korang mesti ada akaun instagram? Jika ya, kemungkinan besar korang pernah menggunakan teknologi AR. Pada fungsi story di Instagram, Korang boleh melakukan selfie menggunakan pelbagai jenis bingkai ataupun dikenali sebagai filter. Ketika korang menggunakan fungsi filter ini, wajah Korang hanya berubah di skrin smartphone sahaja. Manakala wajah di dunia nyata kekal seperti sedia ada.Itulah dipanggil sebagai teknologi augmented reality.
Psst: nak belajar asas Augmented Reality? Jom belajar tutorial asas Augemented Reality daripada Ama Sukina . Klik link dibawah untuk belajar di website Weekan

Comments