Apakah itu Trello?




Trello merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan korang melakukan untuk sesuatu kerja atapun projek secara team ataupun bersendirian. Trello dapat membantu korang untuk menyusun gerak kerja secara mudah dan pantas

Kelebihan Menggunakan Trello


Seperti apa yang kami nyatakan diatas, melalui Trello, korang boleh melakukan kerja secara berkumpulan dengan membina group di Trello. Korang dibenarkan untuk membina lebih daripada satu group dan boleh “set”kan sebagai private ataupun “public”. Selain itu, terdapat fungsi-fungsi Trello yang dapat memudahkan kerja korang untuk menyusun dan memantau kerja ataupun projek yang sedang korang lakukan.

Fungsi-Fungsi Yang Ada Pada Trello

Terdapat 3 fungsi utama dalam Trello yang korang perlu korang tahu:
• Board
Boards atau papan adalah sebuah penanda pekerjaan ataupun projek yang korang ingin lakukan. Korang boleh letakkan nama board tersebut dengan nama projek yang korang sedang lakukan.,
• List

Di Trello juga terdapat fungsi yang dipanggil sebagai “List”. Menggunakan fungsi List korang boleh letakkan sesuatu tugas di sesuatu tahap ataupun bahagian. Contohnya, korang boleh asingkan tugas-tugas projek korang di bahagian “Belum dijalankan, “Sedang dijalankan, atapun “Telah dijalankan”
• Card
Fungsi “Card” boleh diibaratkan “to do list” di dalam Trello. Korang boleh tambahkkan card dengan hanya menekan butang “add a card” dibawah salah satu “List” yang telah korang lakukan. Apa yang lagi menarik, korang hanya perlu “drag” dan “drop” untuk memindagkan card ke dalam list yang telah dilakukan. Di dalam card tersebut, terdapat fungsi-fungsi menarik seperti:

-Menambah komen atapun mention nama ahli team korang seperti di twitter dengan menggunakan “@”
-Upload pelbagai jenis “file”
-Menyusun tarikh ”deadline” dan memberi vote
-Menambah label
-Menambah Checklist dan member yang terlibat
-Archive.



Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi di Trello yang korang boleh terokai. Korang boleh tengok utorial cara menggunakan Trello di website Weekan

Comments